Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM sekat aktiviti bom ikan di perairan Semporna


Tarikh kemaskini: 12/02/2019





SEMPORNA, 12 Feb (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyekat aktiviti dua lelaki mengebom ikan di perairan Tanjung Tabu-Tabu dekat sini, semalam.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata bot peronda yang menjalankan tugasan rutin terserempak bot pam mencurigakan dinaiki dua lelaki pada pukul 3.35 petang sebelum bot memecut laju ke kawasan paya bakau dan suspek meloloskan diri.

"Tiada tangkapan dilakukan namun pemeriksaan ke atas bot pam menemui lima kilogram ikan disyaki di bom," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Norrimi berkata pada tahun lepas tiga kes bom ikan digagalkan di Zon Maritim Semporna serta satu kes pada tahun 2015.

Beliau berkata pihaknya akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang perlanggaran undang-undang dan perlakuan jenayah di perairan Semporna.

Sementara itu, Norrimi memohon kerjasama semua pihak tidak takut menyalurkan maklumat serta aduan ke Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Raja Perlis mahu pendakwah saudara baharu sentiasa lengkapkan ilmu

 
     

Profesionalisme pakar patologi negara diyakini

 
     

Polis akan panggil penganjur perhimpunan anti-Lynas

 
     

Bacaan IPU di Sri Aman kekal 'sangat tidak sihat'

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel