Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kee Yew alami pendarahan otak sebelah kiri


Tarikh kemaskini: 12/02/2019




SIBU, 12 Feb (Bernama) -- Bekas timbalan pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (SMC) Datuk Andrew Wong Kee Yew yang meninggal dunia pada Ahad didapati mengalami pendarahan otak sebelah kiri.

 Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sibu pada 2.59 petang semalam itu turut mendapati ada kesan pendarahan di esofagus (saluran makanan) dan bahagian perut mendiang.

“Bagaimanapun punca kematian sebenar belum dapat dipastikan kerana masih menunggu laporan lanjut daripada makmal Hospital Sibu,” katanya.

Polis semalam mengklasifikasikan kematian Kee Yew, 43, sebagai kematian mengejut.

Kee Yew yang merupakan anak lelaki Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh dijumpai terbaring tidak sedarkan diri di lantai bilik persalinan bilik tidur oleh ibunya Datin Seri Leong Poh Lin malam kelmarin.

Pihak perubatan yang dipanggil cuba untuk memulihkan mendiang namun gagal dan mengesahkan  mendiang  meninggal dunia pada 11 malam.

Kee Yew bertanding sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen Sibu  dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei tahun lepas.

Beliau yang memperoleh 22,389 undi tewas  kepada penyandang, Oscar Ling daripada DAP, yang meraih 33,811 undi dalam pertandingan empat penjuru.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     

Yong bercuti, beri tumpuan kepada perbicaraan kes rogol

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel