Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan lelaki serang pekerja di ladang kelapa sawit Felda


Tarikh kemaskini: 12/02/2019





LAHAD DATU, 12 Feb (Bernama) -- Akibat cemburu, seorang lelaki bertindak menyerang suami kepada bekas isterinya menggunakan parang di Ladang Kelapa Sawit Felda Sahabat 56 dekat sini, semalam.

Ekoran kejadian pada 9.30 pagi itu, mangsa seorang pekerja ladang berumur 30 tahun menerima tujuh jahitan selepas cedera di bahagian belakang kepala serta tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata mangsa didatangi suspek berumur 25 tahun yang menyerangnya ketika sedang makan sebelum berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka tetapi berjaya dileraikan rakan mangsa.

"Rakan mangsa iaitu Aziz meleraikan pergaduhan mereka dan Aziz bersama pekerja ladang lain turut menangkap suspek.

"Anggota Balai Polis Desa Kencana yang mendapat maklumat berkenaan menahan suspek serta merampas parang berukuran 48 cm," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Nasri berkata siasatan mendapati suspek dipercayai cemburu dengan mangsa yang menikahi bekas isterinya yang diceraikan pada Julai tahun lalu.

"Suspek berkahwin dengan bekas isterinya selama lima tahun dan mempunyai tiga anak," katanya lagi.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel