Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PKNS sumbang hasil potongan gaji warga kerja


Tarikh kemaskini: 12/02/2019





KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Badan Islam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyerahkan sumbangan wang tunai hasil potongan bulanan E-jariah warga kerjanya kepada Akademi Tahfiz Mandarin.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden Badan Islam PKNS Ibrahim Surib berkata potongan E-jariah merupakan usaha bagi memudahkan kakitangan di perbadanan itu membuat sumbangan kepada maahad tahfiz di seluruh Selangor serta menggalakkan aktiviti amal jariah dalam kalangan warga PKNS.

“Kami turut mengadakan pelbagai program seperti tadarus setiap Ramadan dan Kembara Dhuha pada hari minggu yang dibuat di kawasan perumahan PKNS,” katanya selepas penyerahan sumbangan kepada Mudir Akademi Tahfiz Mandarin Pulau Ketam, Ustaz Mohd Afiq Jamuliddin, baru-baru ini.

Sementara itu, Naib Presiden Badan Islam PKNS Roslen Ahmad berkata jumlah potongan gaji bermula daripada RM5 dan pihaknya menjalankan amanah untuk mengedarkan sumbangan yang terkumpul kepada maahad terpilih memandangkan mereka sangat memerlukan bantuan.

“Sehingga kini, kami telah membuat kunjungan ke 119 maahad tahfiz yang terdapat di negeri ini,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Lapan nelayan asing ditahan, tangkap ikan secara haram di perairan Labuan

 
     

Populasi badak sumbu Sumatera tidak lagi dikesan di Sabah

 
     

Kerajaan Kedah pinjam bank luar, tambah baik infrastruktur bekalan air

 
     

Sektor industri disasar sumbang 35 peratus kpd KDNK Sabah menjelang 2030

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel