Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Orang ramai dijemput sertai projek 'Sarawak's Pride-Most Number of Unity Stories'


Tarikh kemaskini: 12/02/2019




KUCHING, 12 Feb (Bernama) -- Anak Negeri Sarawak dijemput mengambil bahagian dalam Projek 'Sarawak’s Pride-Most Number of Unity Stories’ yang dianjurkan sempena ulang tahun ke-31 pengisytiharan Kuching sebagai sebuah bandaraya, dan tahun keempat ia bergelar Bandaraya Perpaduan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata ia melibatkan penulisan cerita-cerita pendek yang disasar kearah memupuk perpaduan di kalangan penduduk negeri.

“Ia dibuka kepada semua, boleh ditulis dalam apa jua bahasa selain Inggeris atau Bahasa Malaysia, dan ia akan diterjemahkan,” kata beliau yang juga adalah pengerusi Institut Pembangunan Sarawak(SDI) dalam persidangan media hari ini.

Beliau berkata penganjur berharap untuk menerima sekurang-kurangnya 1,000 hantaran, memandangkan projek itu juga disasar kearah percubaan untuk direkodkan dalam Malaysia Book of Records (MBR).  

Penulisan yang terpilih akan dipamerkan di sekitar Tebingan Sungai Kuching pada 1 Ogos dan hadiah-hadiah akan diberikan kepada karya terbaik dari setiap bahagian yang berbeza di Sarawak.

Karya penulisan pendek, antara 50 dan 200 perkataan itu perlu sampai kepada penganjur sebelum 15 Julai ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     

Ibu berpantang harungi banjir bersama bayi berusia 15 hari

 
     

JAS Negeri Sembilan sita kilang disyaki lepaskan enap cemar minyak hitam terpakai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel