Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bandar raya Miri mohon peruntukan RM13 juta laksana 12 projek pembangunan


Tarikh kemaskini: 26/02/2019





MIRI, 26 Feb (Bernama) -- Majlis Bandaraya Miri (MCC) kini sedang berusaha mendapatkan peruntukan RM13 juta daripada kerajaan negeri Sarawak bagi melaksanakan 12 projek pembangunan yang telah dicadangkan untuk bandar raya ini.

Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang berkata MCC akan memohon peruntukan tersebut daripada Ketua Menteri Sarawak yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi negeri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, bagi melaksanakan program pembangunan Bandar Raya Miri tahun ini.

"MCC juga akan mempertingkatkan amalan ‘Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula (3R), Kempen Katakan Tidak Pada Beg Plastik dan juga pembersihan pantai,” katanya pada majlis makan malam penghargaan kakitangan MCC di sini malam ini.

Disamping itu, katanya MCC akan menggunakan pendekatan lebih aggresif dan proaktif untuk meneroka lebih banyak sumber pendapatan bagi membiayai program MCC tahun ini.

Beliau berkata, dari 143 projek utama yang telah dirancangkan, 96 projek atau 67 peratus daripadanya telahpun siap termasuk enam projek berkaitan pelancongan yang dibiayai melalui peruntukan RM10juta daripada bekas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel