Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

51 sekolah di Kuching, Kota Samarahan sertai kempen kitar semula F&N


Tarikh kemaskini: 26/02/2019




KUCHING, 26 Feb (Bernama) -- Sebanyak 51 sekolah di bandar raya Kuching dan Kota Samarahan akan mengambil bahagian dalam Kempen Kitar Semula F&N selama enam bulan bermula 1 Mac ini yang bertujuan memupuk tabiat suka mengitar semula barangan dan mencintai alam sekitar.

Kempen hasil inisiatif syarikat Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) itu menyasarkan untuk menarik penyertaan daripada kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah dari kedua-dua tempat itu, yang dilaksanakan secara bersama dengan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak, Jabatan Pendidikan dan empat majlis perbandaran.

Pengurus Hal Ehwal Korporat F&NHB Cariessa Goh berkata kempen itu akan memberi cabaran kepada sekolah-sekolah yang mengambil bahagian untuk mengumpul jumlah terbanyak barangan kitar semula bagi setiap pelajar seperti aluminium, plastik,  kertas, kotak dan sisa elektronik (e-waste) untuk memenangi hadiah-hadiah wang tunai bernilai RM20,200.

Beliau berkata kempen itu juga menawarkan anugerah khas untuk pengumpul terbanyak barangan aluminium, plastik, kotak minuman dan sisa elektronik, dengan sekolah rendah dan menengah yang dapat mengumpulkan jumlah terbanyak barang-barang tersebut masing-masing akan menerima wang tunai RM700.

Sekolah daripada kedua-dua kategori juga boleh memenangi anugerah khas sebagai pengumpul sisa elektronik terbanyak, yang masing-masing akan membawa pulang wang RM500.

“Adalah amat penting untuk memupuk sifat menghargai dan menghormati alam sekitar dalam kalangan anak-anak kita di peringkat umur yang masih muda supaya apabila besar kelak mereka kemahir dalam mengenal pasti isu-isu alam sekitar dan membangunkan idea-idea untuk menangani isu-isu berkenaan dengan berkesan," katanya dalam satu kenyataan selepas pelancaran kempen itu di sini hari ini.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel