Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

21 individu ditahan dalam Op Sarang di Kota Kinabalu


Tarikh kemaskini: 26/02/2019




KOTA KINABALU, 26 Feb (Bernama) -- Seramai 21 individu termasuk dua wanita ditahan dalam Op Sarang di dua lokasi berasingan di Manggatal, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata kesemua mereka berumur 15 hingga 52 tahun itu adalah sebahagian daripada 35 individu diperiksa dalam operasi khas di Kampung Lokub dan Kampung Lok Buno di Manggatal dari pukul 1 tengah hari hingga 10 malam.

Habibi berkata 10 individu termasuk seorang wanita disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1963, lapan lelaki disiasat mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, manakala seorang lelaki dan seorang wanita disiasat di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952.

Seorang lagi lelaki disiasat mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

"Polis turut merampas sebanyak 36 peket syabu dianggarkan seberat 16.24 gram bernilai RM1,500 dan satu senjata berbahaya jenis buku lima," katanya.

Habibi berkata operasi khas itu dilancarkan berdasarkan risikan dan maklumat orang awam bagi membendung kegiatan penyalahgunaan dadah sekali gus mengambil tindakan ke atas sindiket pengedaran dadah yang wujud di kawasan terbabit.

Usaha membanteras pengedaran dan penagihan dadah di sekitar Kota Kinabalu akan terus diperhebat demi ketenteraman awam dan kesejahteraan masyarakat setempat, katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel