Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kira-kira 170,470 tan sisa pepejal dari Kuching dilupuskan tahun lepas


Tarikh kemaskini: 26/02/2019





KUCHING, 26 Feb (Bernama) -- Kira-kira 170,470 tan sisa pepejal dari kawasan Kuching dilupuskan di Kuching Integrated Waste Management Park, Mambong dekat sini pada tahun lepas, kata Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Bakrie Zaini.

Beliau berkata, pelupusan sisa pepejal untuk penduduk Kuching di tapak pelupusan sanitari tahap 4 itu melibatkan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

“Kementerian sangat komited dalam menggalakkan setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menjalankan aktiviti berkaitan dengan pengurangan sisa pepejal.

“Tapak pelupusan sanitari tahap 4 ituadalah kategori tapak pelupusan yang terbaik kerana dilengkapi dengan loji perawatan air sisa selain kemudahan pembakaran sisa berbahaya dan sememangnya akan memberi impak yang minimum kepada alam sekitar,” katanya pada majlis pelancaran pertandingan kitar semula peringkat sekolah di Bandaraya Kuching dan Kota Samarahan di sini hari ini.

Dengan penduduk Sarawak seramai 2.8 juta, pelupusan sisa per kapita adalah kira-kira 0.75 dan 0.14 kg/kapita/hari pada masa kini, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel