Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ops Rabies Sarawak: dilancarkan mulai 1 Mac bagi memerangi wabak rabies


Tarikh kemaskini: 26/02/2019





KUCHING, 26 Feb (Bernama) -- Kerajaan Negeri kini bersiap sedia untuk melancarkan "Ops Rabies Sarawak" mulai 1 Mac ini bagi memerangi ??????wabak Rabies atau penyakit anjing gila.

Ops Rabies Sarawak adalah projek perintis dalam usaha membanteras Rabies setelah wabak itu diisytiharkan sebagai Bencana Tahap II dan berlaku melebihi dari satu daerah di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, operasi yang bermula di daerah Lundu dan Bau akan diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku Komender Operasi.

“Operasi kali ini kita menyasarkan untuk vaksinkan 100 peratus anjing di kawasan itu dan menangkap anjing liar yang berkeliaran dengan bantuan beberapa agensi yang terlibat.

“Sudah tiba masanya kita memerangi wabak Rabies ini secara berhabis-habisan, setelah operasi pertama ini berjaya nanti, kita akan beralih ke daerah yang lain,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Operasi Pembanterasan Rabies di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Beliau, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, juga mahu ketua kampung serta penduduk di kawasan berkenaan memberi kerjasama sepanjang operasi itu.

“Pastikan anjing pelihara disimpan di dalam kawasan atau rumah masing-masing bagi membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti anjing liar yang berkeliaran di kawasan itu dapat ditangkap.

“Pemilik anjing juga tidak dibenarkan untuk membawa keluar anjing pelihara daripada kawasan operasi.” katanya.

Setakat ini, 80 peratus anjing di daerah Lundu dan Bau telah divaksinasikan, manakala jumlah kesuluruhan anjing yang telah divaksinkan di seluruh Sarawak adalah 121,141 anjing.

“Kita mahu menyasarkan sekurang-kurangnya 70 peratus anjing di seluruh Sarawak ini divaksinkan agar Sarawak bebas daripada wabak Rabies,” katanya.

Setakat Feb ini, 27 kes yang melibatkan anjing positif Rabies telah dicatatkan, Sarikei, Miri, Siburan masing-masing dua kes, Kuching (11 kes), Bau , Samarahan, Bintulu  masing-masing tiga kes dan Simunjan satu kes.

Antara agensi yang turut terlibat dalam Ops Rabies Sarawak yang beroperasi selama 10 hari itu adalah, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak dan Jabatan Hutan Sarawak.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel