Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dalang di sebalik penipuan kerja di Kemboja mesti dibawa ke muka pengadilan - Fatimah


Tarikh kemaskini: 26/02/2019





KUCHING, 26  Feb (Bernama) -- Dalang di sebalik  penipuan pekerjaan yang melibatkan 47 warga Malaysia ditahan di Kemboja baru-baru ini, mesti dibawa ke muka pengadilan, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Pada 17 Feb, Fatimah mengetuai delegasi kerajaan Sarawak untuk membantu pembebasan 47 rakyat  Malaysia, termasuk 40 rakyat Sarawak, yang ditahan  di  penjara sementara Banteay Meanchey di Kemboja untuk kembali ke tanah air.

“Kita  tidak mahu rakyat menjadi mangsa penipuan ini dengan  mengambil teladan kejadian itu dan mendapatkan pengesahan sebarang maklumat yang disiarkan di media sosial, jika tidak kejadian seumpama ini  akan berulang," katanya kepada Bernama selepas menyerahkan sijil Halal kepada pemilik dapur Nyonya Noraidah Abdullah di sini hari ini.

Beliau berkata pencari kerja mesti mendapatkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai  seperti pejabat kedutaan Malaysia atau kerajaan sebelum menerima  sebarang tawaran .

Setakat ini tiga individu termasuk wanita berusia 35 tahun telah dikenakan tahanan reman bagi membantu polis menyiasat kes penipuan itu.

Kesemua rakyat Malaysia itu dibebaskan oleh kerajaan Kemboja pada 15 Feb setelah mendapati  mereka telah diperdaya  oleh sindiket yang menawarkan pekerjaan dengan gaji  yang lumayan di Kemboja. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel