mvT1Od098hE Wanita mengandung cedera, ambulans terbalik dilanggar
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita mengandung cedera, ambulans terbalik dilanggar


Tarikh kemaskini: 26/02/2019





KUCHING, 26 Feb (Bernama) -- Seorang wanita mengandung mengalami kecederaan ringan apabila sebuah pacuan empat roda dan ambulans yang dinaikinya bertembung di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, ambulans yang bergerak lurus menuju ke arah Hospital Umum Sarawak telah dilanggar di bahagian tepi oleh sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang warga emas berusia 74 tahun.

“Akibat daripada pelanggaran itu, ambulans telah terbalik ke bahu jalan sehingga menyebabkan seorang pesakit yang sarat mengandung dan salah seorang jururawat mengalami kecederaan ringan.

“Tiga lagi mangsa iaitu seorang jururawat, pemandu ambulans dan pemandu kenderaan pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Umum untuk mendapatkan rawatan lanjut di Unit Kecemasan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel