Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan empat pelajar IPTA, disyaki edar dadah


Tarikh kemaskini: 26/02/2019





KUCHING, 26 Feb (Bernama) -- Polis menahan empat orang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disyaki pengedar dadah di sekitar Matang dan merampas dadah jenis ganja bernilai RM10,576, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Supt Sahar Abd Latif berkata bertindak atas maklumat dan risikan yang dijalankan, polis telah membuat satu serbuan pada jam 4 petang pada hari yang sama di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sungai Cina.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui sebelas paket plastik lutsinar dan ketulan mampat ganja dalam botol, bekas tin dan kotak dengan berat anggaran keseluruhannya  264. 41 gram.

“Saringan awal air kencing juga mendapati kesemua suspek lelaki  berusia antara 21 hingga 24 tahun itu positif dadah. Turut dirampas, alat pengisar ganja, alat penimbang dan anak pokok ganja.” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sahar berkata, siasatan awal mendapati suspek telah memulakan aktiviti pengedaran dadah sejak awal tahun ini dan Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan, jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     

Ibu berpantang harungi banjir bersama bayi berusia 15 hari

 
     

JAS Negeri Sembilan sita kilang disyaki lepaskan enap cemar minyak hitam terpakai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel