Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPDNHEP Pulau Pinang lumpuhkan kegiatan seleweng diesel subsidi


Tarikh kemaskini: 28/02/2019





BUKIT MERTAJAM, 28 Feb (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang melumpuhkan satu kegiatan penyelewengan diesel subsidi yang dipercayai didalangi sebuah sindiket di negeri ini.

Timbalan Pengarah KPDNHEP negeri Sapiah Mohd Nor hari ini berkata kegiatan itu terbongkar selepas satu serbuan yang dibuat kira-kira pukul 6 pagi ini di sebuah stor di Juru dekat sini yang membawa kepada rampasan kira-kira 45,000 liter diesel subsidi, milik sebuah kementerian.

“Semasa serbuan itu dibuat, terdapat dua buah lori tangki yang dipercayai digunakan untuk mengangkut diesel berkenaan ke stor itu dan bahan api itu kemudiannya diselewengkan dengan dijual kepada pengguna industri pada harga pasaran,” katanya.

 Menurutnya dua orang lelaki, masing-masingnya berumur 29 dan 45 tahun yang menjadi pemandu kepada lori-lori berkenaan telah ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jumlah rampasan melibatkan tiga tangki, dua lori dan bahan api, dianggarkan bernilai kira-kira RM180,000.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti jaringan sindiket ini selain berapa lama mereka bergiat dan jumlah diesel yang telah diselewengkan,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     

Ibu berpantang harungi banjir bersama bayi berusia 15 hari

 
     

JAS Negeri Sembilan sita kilang disyaki lepaskan enap cemar minyak hitam terpakai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel