Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kategori 10km Larian Jambatan Pulau Pinang digugurkan tahun depan


Tarikh kemaskini: 28/02/2019




GEORGE TOWN, 28 Feb (Bernama) -- Kategori 10 kilometer larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) akan digugurkan mulai tahun depan, sejajar dengan usaha untuk menjenamakannya semula sebagai maraton antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang Yeoh Soon Hin berkata tahun ini merupakan tahun akhir PBIM mengadakan kategori larian 10km berikutan keputusan jawatankuasa itu untuk menggugurkannya mulai tahun depan.

"Keputusan ini dibuat untuk memberi lebih penekanan dalam penyampaian kualiti berbanding kuantiti bagi memastikan persekitaran larian yang lebih kompetitif kepada para peserta,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pendaftaran awal PBIM 2019 yang akan bermula pada 12.01 pagi 1 Mac, di sini hari ini.

Beliau berkata pada tahun lepas, PBIM menawarkan tiga kategori larian iaitu Maraton Penuh  (42km), Separuh Maraton (21km) dan Larian 10km.

Yeoh yang juga pengerusi penganjur PBIM berkata peserta yang mendaftar awal akan mendapat diskaun yuran pendaftaran iaitu RM80 bagi kategori Maraton Penuh tetapi hanya terhad kepada 1,500 peserta; RM70 bagi Separuh Maraton (sehingga 2,000 peserta), RM60 bagi 10km terbuka (sehingga 2,500 peserta) dan RM50 bagi 10km remaja (sehingga 500 peserta berumur antara 13 dan 17 tahun).

Beliau berkata pendaftaran awal dibuka sehingga 31 Mac dan apabila jumlah sasaran peserta dicapai,  pendaftaran awal akan ditutup dan pendaftaran peringkat 1 akan bermula dari 1 April sehingga  31 Mei dengan yuran pendaftaran serta jumlah sasaran peserta yang berbeza.

"Pendaftaran peringkat 2 akan bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai manakala tarikh akhir bagi pendaftaran adalah 15 Ogos. Jawatankuasa itu menjangkakan 33,000 peserta dari seluruh dunia akan mengambil bahagian dalam  PBIM tahun ini, yang diadakan pada 24 Nov,” katanya.

Beliau berkata pada tahun lepas,  PBIM menarik 23,000 peserta dari lebih 80 buah negara untuk berlari di atas Jambatan Pulau Pinang.

Yeoh berkata PBIM mendapat pengiktirafan di seluruh dunia dan berjaya mewujudkan perkongsian berpanjangan dengan pertubuhan yang penting seperti Persatuan Larian Jarak Jauh dan Maraton Antarabangsa.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     

Ibu berpantang harungi banjir bersama bayi berusia 15 hari

 
     

JAS Negeri Sembilan sita kilang disyaki lepaskan enap cemar minyak hitam terpakai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel