Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sembilan bulan singkat untuk rakyat menilai - Amiruddin


Tarikh kemaskini: 02/03/2019





JITRA, 2 Mac (Bernama) -- Tempoh sembilan bulan adalah terlalu singkat untuk rakyat menilai prestasi kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) berikutan ia merupakan tempoh bagi parti itu membuat 'housekeeping' (pembersihan) terhadap peninggalan kerajaan terdahulu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata walaupun tempoh tersebut singkat, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memastikan keperluan dan kepentingan rakyat dijaga termasuk mengambil alih konsesi dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat.

"Tempoh sembilan bulan ini macam mengandung...baru kira nak bersalin. Kita mula dengan kertas putih atau kain putih tapi masuk dengan keadaan berselerak habis kita nak kena buat 'housekeeping' dan itu ambil masa.

"Sekarang kita sudah dan sedang buat perubahan. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga sangat mengambil berat terhadap semua janji dalam manifesto dan jawatankuasa khas untuk tengok pelaksanaan ini juga telah ditubuhkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Jelajah Bantuan Amal dan Transformasi (JEBAT) dan gotong-royong di Kampung Pantai Halban bersama lebih 30 anggota JEBAT.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai kenyataan badan penyelidik bebas Ilham Centre semalam bahawa Barisan Nasional (BN) boleh mengalahkan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Amiruddin berharap pengundi dapat membuat keputusan yang tepat.

"Bila turun padang, kita tengok respons baik yang mana kita (PH) tidak ditolak, tak ada yang tak nak jumpa, tak nak salam dan perkara itu tidak berlaku seperti di PRK Cameron Highlands sebelum ini, jadi kaji selidik itu belum tentu lagi betul.

"Kita sentiasa tegas mengikut peraturan pilihan raya dekat mana juga PRK dan tidak bagi janji itu ini kepada rakyat. Contohnya, ada menteri yang telah luluskan sesuatu tapi sedar kalau ia diteruskan orang akan cakap itu rasuah sebab nak PRK dan sebab itu dia tarik balik," katanya. 

Katanya, dia berharap pengundi di Semenyih dapat menilai dan memberi mandat kepada PH untuk terus menerajui kawasan itu dan ia akan memberi lebih banyak kebaikan kerana kerajaan yang memerintah negara juga adalah PH.

Pengundian bagi PRK Semenyih yang bermula 8 pagi ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Muhammad Aiman Zainali daripada PH, Zakaria Hanafi (BN), Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia (PSM)) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel