Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MPKK ganti JKKK - Azlan Man


Tarikh kemaskini: 02/03/2019





KANGAR, 2 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri Perlis memansuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan digantikan dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Katanya Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pula akan melantik lima anggota baharu bagi menganggotai MPKK.

“Sebelum ini setiap JKKK ada 20 anggota, tetapi dikurangkan menjadi 13 orang dan ditambah lima yang dilantik oleh KPLB menjadi 18 orang bagi semua 388 kampung di negeri ini,” kata Azlan kepada pemberita di perasmian Persidangan Kebangsaan Amalan Terbaik dan Mesyuarat Agung Tahunan ke-18 2019, Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA), di sini, hari ini.

Turut hadir presiden MALA yang juga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk Yew Tuang Seang.

Azlan berkata beliau menyerahkan kepada KPLB sama ada hendak merombak atau melantik muka baharu menjadi pengerusi dan setiausaha.

Sebelum ini Menteri Pembanguan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata kabinet bersetuju mengekalkan jawatan pengerusi dan setiausaha sedia ada, namun terserah kepada kerajaan negeri merombaknya kecuali tatacara pengurusan dan dasar dikawal selia KPLB.

Dalam satu program semalam, Azlan menyerahkan watikah perlantikan kepada 388 pengerusi dan setiausaha MPKK.

Katanya kerajaan negeri akan menunggu nama lima calon yang dipilih KPLB menganggotai MPKK.

Sementara itu, Yew berkata setakat ini hanya 89 dari 155 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara menyertai MALA.

Beliau berharap PBT yang belum menyertainya supaya memohon segera kerana MALA adalah platfom untuk bekerjasama dan berkongsi idea bagi memantapkan PBT.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     

Ibu berpantang harungi banjir bersama bayi berusia 15 hari

 
     

JAS Negeri Sembilan sita kilang disyaki lepaskan enap cemar minyak hitam terpakai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel