Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MA63 dibincang pada pertemuan Anifah dengan Perdana Menteri


Tarikh kemaskini: 05/03/2019





KOTA KINABALU, 5 Mac (Bernama) -- Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menjadi intipati utama perbincangan Anggota Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pertemuan pada Jumaat lepas.

Bekas Menteri Luar Negeri itu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di kediamannya di The Mines di Seri Kembangan, dekat sini.

Anifah dalam satu kenyataan hari ini berkata perbincangan beliau dengan Perdana Menteri berkenaan MA63 termasuk persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan status Sabah menurut MA63 yang menjadi asas penubuhan Malaysia. 

"Secara konsisten saya menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan seharusnya melaksanakan apa yang telah dijanjikan termasuk mengembalikan hak-hak negeri Sabah antaranya pembayaran royalti petroleum.

"Saya akan tetap menyokong Perdana Menteri (Mahathir) dan kerajaan selama mana matlamat pelaksanaan MA63 ditunaikan," katanya.

Pada pertemuan itu, Anifah turut memaklumkan kepada Dr Mahathir bahawa beliau tiada halangan sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ingin melebarkan sayapnya ke Sabah kerana ia selari dengan norma demokrasi. 

"Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah menerima baik segala usul yang saya utarakan kepada beliau," kata Anifah. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel