Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Maritim Sandakan tahan 22 individu dipercayai cuba masuk ke Filipina secara tidak sah


Tarikh kemaskini: 05/03/2019





SANDAKAN, 5 Mac (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Sandakan menahan 22 individu termasuk dua kanak-kanak yang cuba meninggalkan negara secara tidak sah menerusi perairan Sandakan, dipercayai menuju Filipina, malam tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Maritin Zon Sandakan Komander Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata dalam insiden pukul 9.45 malam itu, sebuah bot nelayan dikesan oleh bot ronda Maritim dalam keadaan mencurigakan kira-kira 0.1 batu nautika dari barat Pulau Berhala atau kira-kira 1.2 batu nautika dari jeti Maritim Sandakan di sini.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati bot itu membawa 13 lelaki dan tujuh wanita berumur antara 14 dan 65 tahun, termasuk seorang remaja lelaki berumur 14 tahun yang mengalami sindrom Down, serta seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan masing-masing berumur tiga dan setahun. 

Menurutnya empat daripada mereka yang ditahan memiliki kad pengenalan Malaysia, satu memliki kad pemastautin tetap, dua memiliki sijil lahir dan seorang memiliki dokumen IMM13, manakala selebihnya gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

“Juragan bot itu dipercayai melarikan diri apabila menyedari bot ronda Maritim menghampirinya,” katanya pada sidang akhbar mengenai kes berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata bot nelayan itu ditarik ke jeti Maritim Sandakan dan siasatan mendapati bot itu berdaftar dengan Jabatan Perikanan Sabah, dan menurutnya Kes sedang disiasat mengikut bawah Akta Imigresen 1963.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel