Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPM Semporna tahan lelaki seludup masuk rokok Filipina


Tarikh kemaskini: 10/03/2019





SEMPORNA, 10 Mac (Bernama) -- Hasrat seorang lelaki menyeludup masuk 2,000 bungkus rokok dari Filipina untuk pasaran tempatan, terbantut apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan perairan Tongkaloh dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata lelaki warga Filipina berusia 29 tahun itu ditahan pada 10 pagi selepas bot ronda RH7 PPM Semporna mengesan sebuah bot dikendalikan suspek.

"Pemeriksaan ke atas bot menemukan empat kotak besar berwarna coklat mengandungi 2,000 rokok jenama Astro Menthol King yang tidak bercukai dari negara jiran.

"Tangkapan dan rampasan ini hasil maklumat disalurkan oleh Unit Risikan Marin (URM) mengenai aktiviti penyeludupan rokok di daerah ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, rampasan bot dan rokok bernilai RM55,882 serta tahanan ditunda ke Jeti PPM di sini untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kastam 1967.

Menurutnya, PPM sentiasa mengalu-alukan orang awam menyalurkan maklumat kepada pasukan keselamatan dalam bersama-sama membantu membanteras sebarang elemen jenayah sekali gus menjaga keamanan.

Menurutnya, penyeludupan rokok antara jenayah yang perlu ditangani kerana mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian melalui ketirisan nilai cukai yang besar.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel