Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mohd Shafie, pemimpin berpengalaman terajui kerajaan negeri Sabah - Musbah


Tarikh kemaskini: 10/03/2019





KOTA BELUD, 10 Mac (Bernama) -- Pengalaman Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di peringkat kepimpinan parti dan kabinet persekutuan tidak dipertikai telah memberikannya kemampuan untuk kini memimpin kerajaan negeri Sabah.

Anggota Dewan Undangan Negeri Tempasuk Datuk Musbah Jamli yakin Mohd Shafie selaku Ketua Menteri mampu menggalas tanggungjawab memimpin kerajaan negeri untuk membangunkan Sabah  dengan cemerlang.

"Perjuangan politik Mohd Shafie adalah ikhlas untuk membela nasib rakyat dan membangunkan negeri ini lebih cemerlang dengan mengutamakan rakyat.

"Ini menjadi faktor untuk saya menyertai Warisan bagi meneruskan perjuangan membela nasib dan hak rakyat di Tempasuk," katanya pada Majlis Ketua Menteri Sabah Bersama Masyarakat Tempasuk di sini, hari ini.

Mengenai keputusannnya bersama 6,000 bekas ahli UMNO di Tempasuk menyertai Warisan, Musbah berkata beliau melihat Warisan merupakan sebuah parti tempatan yang berjuang atas kepentingan rakyat dan hak negeri ini.

Katanya sebelum mengambil keputusan itu, beliau sudah berbincang dengan ahli di akar umbi dan sama-sama mengikuti jejaknya menyertai Warisan.

Menurutnya Warisan di bawah Mohd Shafie memperjuangkan hak rakyat Sabah yang sebelum ini kurang didengari dan tetap dahagakan pembangunan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel