Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

41 dipercayai pengedar dadah ditahan di Serian


Tarikh kemaskini: 10/03/2019





SERIAN, 10 Mac (Bernama) -- Polis percaya berjaya menumpaskan aktiviti pengedaran dadah di sini, dengan tertangkapnya 41 individu disyaki pengedar bahan terlarang itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Supt Sahar Abdul Latif berkata tangkapan itu hasil operasi bersepadu yang dijalankan di 19 kampung sekitar Serian.

Beliau berkata dua daripada 41 individu terbabit ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

"Kesemua ditahan berusia 15 hingga 50 tahun. Operasi ini bermula pagi tadi melibatkan 23 pasukan terdiri daripada 101 pegawai dan anggota," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian di sini, hari ini.

Sahar berkata polis turut merampas selaras senapang dan pedang pendek selain dadah jenis syabu dianggarkan seberat 52.6 gram dan ganja 6.3 gram, yang keseluruhannya bernilai RM10,715.

“Saya boleh katakan operasi ini berjaya sepenuhnya kerana sebelum ini kita menyasarkan untuk menangkap 28 individu disyaki pengedar dadah di kawasan ini," katanya.

Namun, beliau berkata lebih memeranjatkan dalam operasi itu apabila tangkapan dilakukan melibatkan satu keluarga terdiri daripada bapa, anak berusia 20-an serta lima anak saudaranya berusia 15 hingga 20-an.

Katanya kesemua individu ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952, Seksyen 6 ADB 1952, Seksyen 15(1)(a)ADB 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel