Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPM tahan dua lelaki disyaki terlibat aktiviti bom ikan


Tarikh kemaskini: 10/03/2019





SEMPORNA, 10 Mac (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki Pala'u disyaki terlibat dengan kegiatan mengebom ikan di kawasan Laut Singamata dekat sini, petang tadi

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata kedua-dua lelaki berusia 36 tahun itu ditahan selepas bot tempur RH7 PPM Semporna yang menjalankan rondaan Op Pensura mengesan perahu dinaiki suspek pada 5 petang, selepas menerima maklumat dari Unit Risikan Marin berkaitan aktiviti mengebom ikan di perairan tersebut.

"Pemeriksaan awal dalam ruangan bot menemukan peralatan serta bahan letupan seperti satu botol kaca berisi baja ammonia, satu batang ‘detonator kit’ dan satu kotak mancis dipercayai untuk digunakan dalam aktiviti mengebom ikan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kedua-dua tahanan serta barang rampasan termasuk perahu ditunda ke Pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 7(b) Akta Bahan Letupan 1957.

Dalam pada itu, katanya PPM sentiasa mengalu-alukan semua pihak terutama orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat jenayah kepada pihak polis sebagai langkah kebersamaan dalam menjaga keamanan perairan negara.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel