Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Murid perempuan maut, dua parah dirempuh pemandu mabuk


Tarikh kemaskini: 11/03/2019





KOTA BELUD, 11 Mac (Bernama) -- Seorang murid perempuan maut manakala dua lagi parah selepas dirempuh sebuah kenderaan Nissan Sentra di Jalan Kampung Tempasuk 2 di sini, kira-kira jam 6.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Supt Mohd Zaidi Abdullah berkata Max Christty,10, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tempasuk 2, parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata dua mangsa yang parah ialah Maxryona Masdi, enam tahun, murid SK Tempasuk 2 dan Michelle Marianne, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan 1 Kota Belud.

"Siasatan awal mendapati pemandu disyaki memandu dalam keadaan mabuk sebelum merempuh pelajar sekolah yang berada di sebelah kanan bahu jalan ketika sedang menunggu kenderaan untuk ke sekolah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Zaidi berkata kenderaan itu kemudian terbabas sebelum melanggar bahagian tepi konkrit sebuah rumah milik orang kampung.            Mangsa yang parah telah dibawa ke Hospital Kota Belud sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Likas Kota Kinabalu.

Beliau berkata pemandu berusia 54 tahun itu hanya mengalami cedera ringan dan kini ditahan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1952.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Peserta program bimbingan INSKEN raih jualan RM8.89 juta

 
     

Lapan nelayan hilang di perairan Tambisan

 
     

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah

 
     

Sekolah Tamil pupuk perpaduan menerusi sambutan Ponggal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel