Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Sarawak terima 32 laporan penipuan pakej pelancongan, kerugian RM118,567


Tarikh kemaskini: 12/03/2019





KUCHING, 12 Mac (Bernama) -- Polis Sarawak menerima 32 laporan polis berkenaan kes penipuan pakej pelancongan luar negara yang ditawarkan oleh seorang lelaki tempatan, melibatkan kerugian RM118,567.84 kepada mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata laporan polis terhadap lelaki berusia 30 tahun itu diterima di antara 23 Dis lepas dan 8 Mac, melibatkan 32 mangsa dari Daerah Kuching, Miri, Sibu, Padawan dan Sri Aman.

Beliau berkata modus operandi suspek adalah dengan menawarkan pakej pelancongan, mangsa akan diperdaya untuk membuat pembayaran bagi proses pendaftaran tiket kapal terbang, ke satu akaun bank peribadi.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati pakej pelancongan yang ditawarkan oleh suspek tidak wujud dan suspek tidak dapat dihubungi selepas mangsa membuat pembayaran sekitar RM274 sehingga RM38,250 mengikut pakej pelancongan yang diambil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya sehubungan itu JSJK Sarawak telah membuka lima kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi menyiasat kes-kes berkenaan.

Mustafa Kamal berkata antara pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan oleh suspek adalah pakej pelancongan ke Gunung Kinabalu; Korea; Vietnam; Annapurna Base Camp, Himalaya, Nepal; Hua Hin Thailand; Jogjakarta; Kuala Lumpur; Turki; Jepun dan Bangkok.

Susulan itu, beliau berkata polis sedang berusaha mencari Mohd Aszlan Mat Muda, 30, yang alamat terakhirnya di No 6, Kampung Pandan, Lundu, yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki ini diminta segera menghubungi pegawai penyiasat Insp. Zurraidda Bujang (019-8274217) atau pegawai risikan operasi Insp. Hamizan Ismail (016-4455695),” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan akan kaji penggunaan alat permainan yang mampu asah minda kanak-kanak

 
     

FAMA rancang bangunkan tanah wakaf dengan tanaman durian

 
     

Kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut belum siap sepenuhnya - Chow

 
     

Geran usahawan hanya untuk yang benar-benar layak - Mohd Redzuan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel