Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gedung IKEA pertama di utara semenanjung jadi tumpuan


Tarikh kemaskini: 14/03/2019





GEORGE TOWN, 14 Mac -- IKEA, gedung jenama perabot berpangkalan di Sweden hari ini membuka cawangan pertamanya di Utara Semenanjung Malaysia, di Batu Kawan, kira-kira 40 kilometer dari sini.

Gedung kedua terbesar di negara ini selepas cawangan di Johor Bahru itu, yang berkeluasan kira-kira 43,678 meter persegi, dijangka dapat menampung lebih 6,000 pengunjung dalam satu-satu masa, menurut pengurus gedung, A Pathmalingam.

Beliau berkata sebagai langkah berjaga-jaga, pasukan keselamatan akan menyekat jumlah pengunjung ke premis itu bagi mengelak kesesakan.

“Saya menjangkakan kira-kira 20,000 pengunjung akan datang pada hari pertama pembukaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan rasmi cawangan itu di sini hari ini.

 Pathmalingam berkata fokus cawangan itu adalah untuk mengekalkan misi menjadikan kehidupan harian rakyat lebih baik selain terus mencari peluang pasaran.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia

 
     

Ibu berpantang harungi banjir bersama bayi berusia 15 hari

 
     

JAS Negeri Sembilan sita kilang disyaki lepaskan enap cemar minyak hitam terpakai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel