Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MyDebit permudah urusan bayar hasil penduduk di Kedah


Tarikh kemaskini: 14/03/2019





ALOR SETAR, 14 Mac (Bernama) -- Urusan pembayaran hasil (cukai) penduduk di Kedah kini lebih mudah dengan penggunaan kad debit atau MyDebit di semua kaunter jabatan kerajaan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata bagi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan itu, kerajaan negeri melancarkan ‘Kempen Pembayaran Hasil Melalui Terminal Kad MyDebit' yang boleh digunakan bermula esok.

"Penggunaan MyDebit ini mudah dan orang ramai di Kedah tidak akan hadapi banyak masalah kerana sebelum ini pun banyak yang sudah buat bayaran secara dalam talian berbanding tunai," katanya selepas  melancarkan kempen itu di sini, hari ini.

Beliau berkata  bagaimanapun jumlah minimum bayaran menggunakan MyDebit ditetapkan sebanyak RM30 dalam satu resit.

Katanya sepanjang kempen sehingga 15 Ogos itu, pembayar bertuah berpeluang memenangi hadiah utama termasuk motosikal Yamaha Y15ZR, motosikal Yamaha Lagenda, baucar barangan elektrik dan telefon pintar.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Perlis mahu pendakwah saudara baharu sentiasa lengkapkan ilmu

 
     

Profesionalisme pakar patologi negara diyakini

 
     

Polis akan panggil penganjur perhimpunan anti-Lynas

 
     

Bacaan IPU di Sri Aman kekal 'sangat tidak sihat'

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel