Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Visi 2030 Pulau Pinang: Kerajaan negeri minta komen orang ramai


Tarikh kemaskini: 14/03/2019





BUKIT MERTAJAM, 14 Mac (Bernama) -- Kerajaan Negeri hari ini mengadakan sesi pembentangan dan perbincangan bersama pihak berkepentingan dan orang awam demi menyempurnakan Visi Pulau Pinang 2030.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow hari ini berkata, sesi itu terbuka kepada semua pihak untuk memahami visi 2030 serta memberi peluang kepada orang ramai menyalur maklum balas dan pengisian tambahan kepada hasil kerja yang dipamerkan.

Pada 28 Ogos tahun lepas, Chow melancarkan Visi Pulau Pinang 2030 dengan empat tema iaitu meningkatkan daya huni sebagai peningkatan kualiti kehidupan; menaik taraf ekonomi untuk meningkatkan pendapatan isi rumah; memperkasakan rakyat bagi meningkatkan penyertaan umum; dan melabur dalam persekitaran infrastruktur dan kemudahan awam bagi meningkatkan daya tahan dalam pelbagai keadaan.

"Pengunjung akan diberi taklimat oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Institut Pulau Pinang dan Think City mengenai tema-tema dan inisiatif yang saling berkait untuk mencapai Visi Pulau Pinang 2030. Unit-unit ini bertanggungjawab mengutip maklum balas masyarakat mengenai rancangan Kerajaan Negeri.

Melalui maklum balas yang diterima, Kerajaan Negeri akan dapat menentukan projek dan program yang akan dilaksanakan di bawah visi ini mengikut tema-tema dan inisiatif yang telah ditetapkan," kata Chow kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam sesi perbincangan pagi ini, pihak pembentang telah menerima maklum balas daripada lebih 50 pihak dan antara perkara yang ditekankan adalah isu perumahan dan hasil pendapatan isi rumah.

Menurut Chow, Kerajaan Negeri yakin melalui sesi itu, para pelabur akan mendapat penjelasan lanjut untuk mengenal pasti subsektor manakah yang ingin dijadikan pelaburan untuk menjalankan projek tertentu  bersama Kerajaan Negeri untuk mencapai visi itu.

Kerajaan Negeri akan melancarkan buku kecil pada 27 April ini untuk menerangkan dengan lebih teliti mengenai rancangan Kerajaan Negeri supaya semua pihak dapat memahami arah visi itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel