Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Persekutuan sumbang RM9.3 juta buat operasi khas rabies di Sarawak


Tarikh kemaskini: 14/03/2019





KUCHING, 14 Mac (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) menyumbang RM9.3 juta bagi melaksanakan operasi khas anti rabies yang sedang diperhebatkan di Sarawak, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Katanya operasi itu berbeza daripada operas-operasi lain kerana ia melibatkan banyak agensi, termasuk Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), polis, tentera, Majlis Keselamatan Negara, Pertahanan Awam, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Verterinar.

Beliau yang juga pengerusi JPBNS berkata kira-kira 440 pegawai daripada pelbagai agensi berkenaan digembleng untuk menjayakan operasi berkenaan, berusaha untuk meliputi kawasan seluas mungkin bagi mengenalpasti anjing-anjing yang belum diberi suntikan vaksin.

Bercakap dalam sidang media di sini katanya, beliau menganggap projek pertama operasi anti rabies yang dilaksanakan di daerah Bau dan Lundu dari 1 Mac sehingga 10 Mac lepas, adalah satu kejayaan.  

“Saya menganggap ia sebagai kejayaan kerana bagi Lundu, kita sudah berikan suntikan vaksin kepada 91 peratus daripada populasi anjing di kawasan ini, melibatkan sekitar 2,559 anjing, manakala bagi daerah Bau pula, kita mencapai kadar vaksin 81 peratus anjing telah divaksin,” tambahnya.

Menurutnya 173 anjing in Lundu pula dipasang dengan ‘cip mikro’ bagi memantau pergerakannya.

Uggah berkata operasi berikutnya akan dilaksanakan pada 4 hingga 15 April melibatkan kawasan-kawasan Kota Samarahan dan Padawan, dekat sini.

“Kita merancang untuk meluaskan kawasan liputan operasi ini sehingga ke seluruh bahagian di Sarawak.

Sehingga hujung Februari lepas, 27 kes berkaitan anjing dijangkiti positif rabies dikesan di Sarawak, 11 daripada di Kuching, masing-masing tiga di Bau, Samarahan dan Bintulu; masing-masing dua di Sarikei, Miri dan Siburan; manakala satu lagi di Simunjan.

Seramai 15 orang meninggal dunia di Sarawak akibat rabies sejak ia di kesan di pada 2017 lepas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sampel air di Kuala Koh diambil lagi untuk diuji.

 
     

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci

 
     

Pemuda PH Kelantan mahu ROS batalkan pendaftaran UMNO

 
     

Inkues Adib: Empat peguam dari AGC dilantik wakili KPKT, Bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel