Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu mahu perkukuh hubungan sosial budaya dengan pengamal media di Sabah


Tarikh kemaskini: 14/03/2019




KOTA KINABALU, 14 Mac (Bernama) -- Konsulat Jenderal Republik Indonesia di sini mahu hubungan sosial budaya dengan pengamal media di negeri ini terus diperkukuhkan.

Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu Krishna Djelani berkata menjaga kerjasama baik dengan pihak media adalah satu keperluan.

Katanya media banyak membantu dalam menyebarluaskan maklumat dan berita berhubung isu mahupun permasalahan yang dihadapi warga Indonesia di Sabah.

"Jalinan erat dengan media turut memudahkan pihak konsulat menerima sebarang maklumat terkini khususnya berkaitan dengan warga Indonesia," katanya ketika menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa Persatuan Wartawan Sabah (SJA) diketuai Presidennya Muguntan Vanar di pejabatnya di sini.

Krishna berkata hubungan baik dengan pihak SJA selama ini akan terus diperkukuhkan dengan perancangan program yang melibatkan kedua-dua pihak pada masa akan datang.

Sebelum dilantik sebagai Konsul Jenderal di sini, beliau pernah menjawat tugas sebagai Konsul Republik Indonesia di Tawau selama setahun setengah.

Selama bertugas di Sabah, Krishna banyak bekerjasama dan menjalin hubungan baik dengan organisasi dan pengamal media. 

Dalam pada itu, Muguntan berkata pelbagai program dan aktiviti bermanfaat dapat dilaksanakan secara bersama antara SJA dan Konsulat Jenderal Republik Indonesia.

Katanya kerjasama kedua-dua pihak tentunya akan memudahkan lagi pihak konsulat dalam menyebarluaskan sebarang maklumat berhubung program yang dianjurkan.

Menurutnya menerusi kunjungan hormat seumpama itu, SJA berpeluang mengenali dan mempelajari lebih banyak maklumat berhubung sosial budaya masyarakat Indonesia.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dua RUU baharu mengenai rasuah pada persidangan parlimen akan datang

 
     

Jho Low hadiri mesyuarat TIA pada 2009 atas jemputan - Saksi

 
     

Jerebu: Lapan sekolah di Manjung ditutup

 
     

MBSP meterai perjanjian bersama rakan strategik

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel