Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kronologi terkini pencemaran kimia di Sungai Kim Kim Pasir Gudang


Tarikh kemaskini: 14/03/2019





KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Berikut adalah kronologi perkembangan terkini kejadian pencemaran sisa bahan kimia yang menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang diarah tutup dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, pada 7 Mac.

* 13 Mac: Semua 111 sekolah di daerah Pasir Gudang diarah tutup.

- Sejumlah 947 orang dirawat dengan sembilan daripadanya di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI. Seramai 166 orang dirawat di HSI.

- Kerajaan negeri meluluskan peruntukan kecemasan sebanyak RM6.4 juta sebagai bantuan segera untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan kepada mangsa dan keluarga serta kakitangan keselamatan yang terdedah dengan bahaya pencemaran itu.

- Tiga orang termasuk dua pemilik kilang ditahan.

* 14 Mac: Sehingga 12 tengah hari, seramai 2,775 orang awam telah menerima rawatan, tujuh dirawat di ICU.

- 92 tadika dan taska di kawasan terjejas juga ditutup bagi mengelakkan peningkatan jumlah mangsa.

- 51 laporan polis diterima berhubung kes pencemaran bahan kimia. 

- Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM1 juta bagi memperhebatkan operasi menyelamat, merawat serta mencegah pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang.

- Keputusan analisis ke atas sampel yang diambil JAS dari Sungai Kim Kim menunjukkan kesemuanya mengandungi pelarut organik Benzene, Toulene, Xylene, Ethylbenzene dan D-Limonene.

- Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mendapatkan bantuan daripada tentera dan Petronas untuk menghantar sumber mereka daripada segi jentera, alat dan pakar untuk membantu menangani krisis itu.

- Sebilangan penduduk di Pasir Gudang mula mengambil inisiatif meninggalkan kediaman mereka buat sementara. 

- Dewan Rakyat membahaskan usul tergempar isu pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang pada 4.30 petang.

- Tim Tinjau Chemical Biological, Radiological and Nuclear (CBRN)  dan Tim Casualty Evacuation Unit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digerakkan ke kawasan terjejas untuk mengesan, mengenalpasti dan menyahkan sisa kimia itu.

- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat mangsa di hospital.

- Dr Mahathir menegaskan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat bencana memandangkan situasi pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim masih terkawal.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel