Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tujuh individu ditahan disyaki memiliki dadah


Tarikh kemaskini: 15/03/2019





KOTA KINABALU, 15 Mac (Bernama) -- Polis memberkas tujuh individu dipercayai memiliki dadah jenis syabu dan ganja dalam beberapa serbuan di sekitar Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata pada 9 dan 13 Mac lalu, polis menahan lima individu termasuk dua warga asing kerana memiliki dadah jenis syabu.

Beliau berkata dalam serbuan di kawasan Inanam dan Kampung Cenderkasih itu polis turut merampas syabu seberat 18.95 gram.

"Sementara pada 10 dan 11 Mac lalu, polis telah menahan dua individu di kawasan bandar raya dan kampung Tanjung Aru Lama antara jam 11 malam dan 12.30 tengah malam," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, polis turut merampas tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja dianggarkan seberat 169 gram.

Nilai keseluruhan rampasan itu berjumlah RM8,660 dan semua individu berumur lingkungan 23 hingga 39 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 39A(1)  serta Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     

Tetap adakan upacara pengebumian untuk kedua ibu bapa - Anak

 
     

Jerebu boleh sebabkan radang mata, lelah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel