Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JHL Tawau periksa 30 premis jual hidupan liar dilindungi


Tarikh kemaskini: 15/03/2019





TAWAU, 15 Mac (Bernama) -- Jabatan Hidupan Liar (JHL) telah memeriksa 30 premis perniagaan dalam operasi mengesan mereka yang disyaki menjual hidupan liar tanpa kebenaran sejak 8 Mac hingga ke hari ini kata Pegawai JHL Tawau Sailun Aris.

Katanya hasil operasi dibuat mengikut Enakmen Pemerliharaan Hidupan Luar 1997 itu, pihaknya telah mengesan sebuah restoran yang didapati memiliki serta menjual daging rusa di daerah ini.

"Ada rampasan daging dilakukan, daging disyaki spesis haiwan yang dilindungi di bawah undang-undang," katanya tanpa mendedahkan lebih lanjut maklumat kes tersebut ketika dihubungi, hari ini.

Sailun berkata operasi pemeriksaan itu melibatkan premis perniagaan di sekitar Jalan Sin Onn, kawasan Sabindo, termasuk kawasan Fajar dan Jalan Apas.

Katanya, operasi diketuai Ketua Unit Penguatkuasa JHL Tawau, Zulkifli Asiman itu akan diadakan berterusan bagi membanteras aktiviti menjual hasil serta pemerdagangan hidupan liar.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel