Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Taman-taman Sabah kumpul data di Teluk Darvel untuk diwartakan


Tarikh kemaskini: 15/03/2019





KOTA KINABALU, 15 Mac (Bernama) --Taman-Taman Sabah (TTS)  sedang dalam proses mengumpul data saintifik di perairan Teluk Darvel, Lahad Datu agar kawasan itu dapat diwartakan sebagai Taman Perlindungan Marin.

Pengarah TTS Dr Jamili Nais berkata pengumpulan data itu telah dijalankan oleh sekumpulan penyelam dan penyelidik dalam Ekspedisi Saintifik pada 14 Feb lalu.

Beliau berkata ekspedisi itu dijalankan oleh TTS bersama Universiti Malaysia Sabah, Pejabat Daerah dan Yayasan Sabah untuk mencari keunikan kawasan itu sekiranya dijadikan taman marin.

"Pada masa ini, kita baru memulakan proses konsultasi awam dan mengumpul data-data penyelidikan mengenai kawasan itu sebelum menghantar kertas cadangan kepada kerajaan negeri untuk diwartakan.

"Kumpulan ekspedisi itu teruja apabila salah satu tarikan di kawasan itu ialah kewujudan 'Blue Hole' atau 'Blue Ring Reef'," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Mengenai Blue Hole itu Jamili menjelaskan bahawa penemuan Lubang Biru bukanlah pertama kali.        Sebaliknya,ia telah ditemui penyelam tempatan, Glen Hapirulla yang beroperasi di kawasan itu hampir sembilan tahun lalu dan mula menjalankan aktiviti penyelaman bersama pelancong sejak 2017.

Sementara itu, Glen, 56, yang juga pengusaha Pirate Divers menyambut baik penghargaan itu dan berharap kerjasama antara kedua-dua pihak akan menjamin pemuliharaan kawasan berkenaan.

Beliau yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang itu berkata Blue Hole kelihatan indah apabila dilihat dari pemandangan atas namun ia memerlukan kajian yang lebih teliti.

"Lubang besar itu sebenarnya berbentuk cerun ke bawah dan dipenuhi pasir manakala di sekelilingnya tidak semuanya ditumbuhi oleh batu karang," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel