Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bas persiaran bawa 15 pelancong China terbabas di Kota Belud


Tarikh kemaskini: 15/03/2019





KOTA KINABALU, 15 Mac (Bernama) -- Sebuah bas persiaran yang membawa 15 pelancong dari China dalam perjalanan ke resort Kampung Rampayan, terbabas lalu terhumban  ke dalam parit di Kampung Kesapang, Kota Belud hari ini.

Dalam kenyataan di sini, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata agensi itu menerima panggilan kecemasan pada jam 9.37 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian sejauh lapan kilometer.

Menurut kenyataan itu, seorang penumpang mengalami kecederaan di dada serta sukar bernafas bagaimanapun mangsa telah dihantar ke Hospital Kota Belud sebelum ketibaan pasukan bomba.

Pasukan Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah memberi bantuan awal kepada semua mangsa seterusnya membawa mereka ke hospital.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel