Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sabah hasrat jadikan Papar sebagai hab pendidikan


Tarikh kemaskini: 15/03/2019





PAPAR, 15 Mac (Bernama) -- Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah diarah mengenal pasti langkah terbaik untuk merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan daerah Papar sebagai Hab Pendidikan Negeri.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata antara yang perlu diambil kira adalah fokus kepada bidang kemahiran, seperti pembangunan kolej-kolej vokasional, bagi membolehkan kerajaan menyediakan lebih banyak latihan kemahiran kepada belia Sabah.

Beliau berkata pada masa yang sama, pendidikan berasaskan kemahiran tertentu perlu diselaras dengan keperluan industri.

”Kita mahu melahirkan golongan yang berkemahiran dan berilmu pengetahuan agar mereka dapat memasarkan ilmu yang ada untuk memperolehi pekerjaan dengan gaji yang baik,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Bersama Ketua Menteri di Kampung Kuala, di sini hari ini.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sampel air di Kuala Koh diambil lagi untuk diuji.

 
     

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci

 
     

Pemuda PH Kelantan mahu ROS batalkan pendaftaran UMNO

 
     

Inkues Adib: Empat peguam dari AGC dilantik wakili KPKT, Bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel