Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Baru Bian ucap takziah kepada mangsa, keluarga insiden penembakan di Christchurch


Tarikh kemaskini: 15/03/2019





KUCHING, 15 Mac (Bernama) -- Menteri Kerja Raya Baru Bian mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga insiden penembakan di dua buah masjid di Christchurch.

Beliau berkata perlakuan yang sia-sia itu sepatutnya menjadi peringatan kepada rakyat di Malaysia untuk berusaha mengekalkan dan memelihara keharmonian kaum dan agama di kalangan semua rakyat Malaysia.

”Saya terkejut dan berdukacita mendengar berkita mengenai kejadian penembakan yang menggemparkan di dua buah masjid di Christchurch hari ini.

“Tindakan membenci dan ganas di tempat suci ketika mangsa-mangsa sedang menunaikan ibadah adalah jenayah sungguh kejam yang semua orang berfikiran waras mengutuk sekeras-kerasnya,” kata beliau dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Selangau berkata ucapan kasih sayang dan sokongan yang mencurah-curah daripada rakyat New Zealander dan warga global yang cintakan keamanan sedikit sebanyak dapat menenangkan hati mereka.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Sampel air di Kuala Koh diambil lagi untuk diuji.

 
     

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci

 
     

Pemuda PH Kelantan mahu ROS batalkan pendaftaran UMNO

 
     

Inkues Adib: Empat peguam dari AGC dilantik wakili KPKT, Bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel