Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

IPD Semporna lancar unit polis pelancong


Tarikh kemaskini: 15/03/2019





SEMPORNA, 15 Mac (Bernama) -- Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna hari ini melakar sejarah tersendiri apabila melancarkan Unit Polis Pelancong yang dikendalikan sendiri pihak IPD.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Peter Umbuas berkata penubuhan unit itu berdasarkan kepada keperluannya di Semporna sebagai destinasi tumpuan pelancong domestik dan antarabangsa.

"Purata sehari kemasukan pelancong ke daerah ini dianggarkan 1,500 pelancong dan pada waktu kemuncak (hari cuti umum) boleh mencecah sehingga 3,000 pelancong sehari," katanya.selepas menyempurnakan program ‘3 in 1 high profile policing’ termasuk melancarkan Unit Polis Pelancong IPD Semporna di sini, hari ini.

Peter berkata, mengikut statistik diterima pihaknya, 105,214 pelancong direkodkan berkunjung ke daerah ini bagi tempoh Januari hingga Februari dengan 90 peratus pelancong dari China.

Dalam pada itu, kriteria pemilihan anggota unit itu mestilah fasih berbahasa Mandarin dan Inggeris  kerana kebanyakan pelancong adalah dari China dan mereka kurang mahir berbahasa Inggeris atau Melayu, katanya.

Setakat ini, unit itu dianggotai empat orang serta satu aset kenderaan disediakan dan terdapat cadangan  untuk menambah anggota dan aset, katanya.

Menurut Peter, unit itu akan sentiasa bergerak di pekan Semporna, jeti umum termasuk kawasan tumpuan pelancong di pulau atau pusat peranginan.

"Unit ini ditubuhkan selepas mendapat lampu hijau daripada Ketua Polis Negara dengan kekuatan awap seramai empat orang yang boleh berbahasa Mandarin, Melayu, Inggeris serta bahasa tempatan lain," katanya lagi.

Pada program itu, Peter turut memperkenal empat anggota unit berkenaan iaitu Lans Koperal Catherine Wong Siao Chee, Koperal Harvinda Hadis, Konstabel Fong Jun Sam dan Konstabel Sulaiman Abdul.

Harvinda, 30, berkata kebolehannya menguasai bahasa Mandarin serta Inggeris dengan baik antara faktor dipilih menyertai unit itu.

"Besar harapan kami untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan saya turut berharap masyarakat bersama polis memastikan kesejahteraan daerah ini dan keselamatan terjamin," katanya lagi.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Jho Low hadiri mesyuarat TIA pada 2009 atas jemputan - Saksi

 
     

Jerebu: Lapan sekolah di Manjung ditutup

 
     

MBSP meterai perjanjian bersama rakan strategik

 
     

Jerebu: 201 sekolah di Selangor ditutup hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel