Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Marin Sandakan rampas 2,000 biji telur penyu


Tarikh kemaskini: 15/03/2019





SANDAKAN, 15 Mac (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 2,000 biji telur penyu melalui jalan laut dekat Batu 2 1/2 di sini petang semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah  ACP Mohamad Pajeri Ali berkata dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, sepasukan anggota PPM Sandakan yang membuat intipan dan pemantauan ketika menjalankan Operasi Pensura di kawasan itu, telah mengesan beberapa lelaki dalam keadaan mencurigakan berada di sebuah tempat pemunggahan hasil laut yang tidak diwartakan.

“Sebaik menyedari kehadiran polis, beberapa lelaki bertindak melarikan diri ke kawasan hutan bakau dan gagal dikesan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Katanya lagi, pemeriksaan lanjut mendapati 2,000 biji telur penyu disembunyikan di dalam kotak polisterin dipercayai cuba diseludup masuk dari negara jiran dan dianggarkan bernilai RM4,000.

“Semua barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan dan kes disiasat di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel