Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

DUN Selangor lulus usul kutuk serangan di Christchurch


Tarikh kemaskini: 20/03/2019





SHAH ALAM, 20 Mac (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, sebulat suara meluluskan usul tergempar mengutuk serangan terhadap umat Islam di Masjid Al Noor dan Linwood di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.

Speaker DUN, Ng Suee Lim berkata, kejadian yang mengorbankan lebih 50 nyawa itu disifatkan melampau dan tidak boleh diterima semua agama.

"Sehubungan itu, DUN Selangor mencadangkan kerajaan negeri untuk memperkukuhkan dasar keharmonian hidup dengan menganjurkan dialog silang budaya.

"Selain itu, institusi masjid dan surau serta semua institusi agama lain perlu memainkan peranan dengan menghilangkan prejudis yang menebal terhadap agama lain," katanya dalam sidang DUN di sini, hari ini.

Terdahulu, usul itu dicadangkan Saari Sungib (Amanah-Hulu Klang).

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari (PKR-Sungai Tua) pula berkata kejadian itu adalah di luar batas kemanusiaan.

"Tindakan seperti ini dilakukan mereka yang gila, ekstrem dan di luar batas akal yang sihat.

"Ada kelompok yang kononnya memperjuangkan agama serta kemakmuran, namun kelompok ini juga yang membunuh dan memancung orang," katanya.

Menurut laporan media, kejadian tembakan yang berlaku pada pukul 1.40 tengah hari waktu tempatan (8.40 pagi waktu Malaysia) itu, turut mencederakan tiga rakyat Malaysia manakala seorang masih belum dapat dikesan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel