Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Siasatan kemalangan di LTSAAS dijangka siap dalam sebulan


Tarikh kemaskini: 21/03/2019





SEPANG, 21 Mac (Bernama) -- Siasatan Biro Siasatan Kemalangan Udara berhubung kemalangan di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang (LTSAAS) yang menyebabkan seorang kakitangan Malaysia Airports Holdings Bhd  (MAHB) maut, dijangka siap dalam masa sebulan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar.

Beliau berkata pihak yang turut menjalankan siasatan ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

“Penyiasatan berhubung kemalangan itu masih dijalankan kedua-dua pihak,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Pegawai dan Pembantu Keselamatan Penerbangan MAHB di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Pada Isnin lepas, kakitangan MAHB Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pesawat persendirian di landasan LTSAAS, Subang. Mangsa  menghembuskan nafas terakhir Selasa lepas semasa dirawat di sebuah hospital swasta.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel