Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

15 penyewa PPR dikenakan tindakan kerana langgar peraturan


Tarikh kemaskini: 21/03/2019





SHAH ALAM, 21 Mac (Bernama) -- Seramai 15 penyewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah seliaan kerajaan negeri telah dikenakan tindakan pengusiran kerana melakukan pelbagai kesalahan antaranya tidak membayar sewa dan menyewakan kepada individu lain.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor, Haniza Mohamed Talha berkata dalam proses pemutihan yang dijalankan pada 12 Feb lepas, terdapat antara penyewa yang dikenakan tindakan pengusiran mempunyai tunggakan sewa setinggi RM25,250.

"Ada tiga PPR di bawah seliaan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, iaitu PPR Kota Damansara, PPR Hicom Shah Alam dan PPR Serendah, kadar sewa di ketiga-tiga PPR berkenaan ialah RM250, mereka yang dikenakan tindakan ini melibatkan 10 penyewa PPR Kota Damansara dan lima penyewa PPR Hicom 

Tetapi masih ramai penyewa melanggar syarat ditetapkan antaranya bayaran sewa tidak konsisten, penyewa memberi sewa kepada pihak lain dan penyewa mempunyai pendapatan melebihi had kelayakan," katanya di sidang akhbar di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Tambah Haniza, pihaknya melalui Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) telah mengeluarkan beberapa notis terhadap penyewa berkenaan tetapi tidak diberi perhatian sewajarnya.

"Banyak kali notis dikeluarkan, tetapi mereka degil. Apabila kita potong elektrik dia sambung bekalan secara haram pula, malah ada penyewa bersikap agresif dan menyerang petugas PHSSB," katanya.

Kata Haniza lagi, bagi fasa kedua proses pemutihan berkenaan, pihaknya telah mengeluarkan notis pengosongan kepada 25 penyewa di PPR Hicom dan 22 penyewa PPR Kota Damansara dan berharap pihak yang terlibat akur dengan arahan berkenaan.

Dalam sidang akhbar yang sama, Haniza turut mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Kecil Pemulihan Projek Terbengkalai (JKPPT) di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan usaha pemulihan projek terbengkalai dipantau secara berterusan.

"Terdapat 104 projek terbengkalai di Selangor dan peranan JKPPT ini adalah antaranya berfungsi sebagai penyelaras antara pemaju, pembeli dan penyelamat, memantau pelaksanaan projek dari mula sehingga mendapat Sijil Layak Menduduki dan menyediakan laporan kemajuan projek perumahan kepada kerajaan negeri," katanya.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel