Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kumpulan Hotel Lexis menang Anugerah Antarabangsa berprestij


Tarikh kemaskini: 21/03/2019





SEREMBAN, 21 Mac  (Bernama) -- Kumpulan Hotel Lexis, salah satu jenama hospitaliti utama Malaysia, memenangi anugerah pada majlis  Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa yang diadakan di Hotel Sunway Resort Petaling Jaya baru-baru ini.

Lexis Hibiscus Port Dickson dianugerahi Destinasi Resort  Terbaik untuk Acara dan Perkahwinan 2018 oleh Brand Icon dalam edisi ketiga Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa.

Presidennya, Mandy Chew Siok Cheng  dalam satu kenyataan hari ini  berharap penambahan anugerah lain yang diiktiraf dunia akan terus meletakkan Lexis Hibiscus Port Dickson, serta hartanah berprofil tinggi yang diuruskan oleh Lexis Hotel Group dalam peta destinasi perkahwinan dan acara  yang paling berprestij di dunia.

Anugerah itu disampaikan oleh aktress terkenal Bollywood dan aktivis kemanusiaan Kareena Kapoor yang merupakan  selebriti undangan tahun ini. Acara itu dihadiri oleh lebih 200 delegasi.

Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa itu adalah program anugerah utama oleh Brand Icon untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada semua sektor dan untuk meraikan mereka yang membina dan memimpin perniagaan yang berjaya, berkembang dan dinamik.

Ia didukung oleh pemimpin pemikir serta institusi kecemerlangan perniagaan dan perundingan dari serata dunia  dan dibawakan oleh Brand Icon yang tujuan utamanya untuk menyediakan kepakaran dalam anugerah perniagaan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel