Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Permit Perhimpunan Solidariti Kedamaian telah diperolehi


Tarikh kemaskini: 21/03/2019





SEPANG, 21 Mac (Bernama) -- Permit Perhimpunan Solidariti Kedamaian pada Sabtu ini, yang bertujuan membawa mesej kepada dunia bahawa rakyat Malaysia mahukan keamanan dan menolak sebarang keganasan, sudah diperolehi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

"Isu sudah selesai,” katanya ditanya pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, mengenai dakwaan perhimpunan berkenaan tidak mempunyai permit.

Mujahid, berlepas ke New Zealand bagi mewakili kerajaan Malaysia setelah rakyat Malaysia Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, disahkan antara 50 mangsa yang terbunuh dalam tragedi penembakan di Christchurch pada Jumaat lepas, berkata beliau akan cuba pulang pada pagi Sabtu untuk menyertai perhimpunan itu. 

Mereka yang menyertai perhimpunan itu dikehendaki memakai pakaian berwarna putih, dan tidak membawa sebarang logo parti politik.

Menggunakan simbol burung merpati putih berlatar belakangkan bunga raya sebagai simbol kedamaian, perhimpunan itu akan bermula di hadapan pusat membeli-belah Sogo pada pukul 7 pagi, sebelum peserta berarak ke Dataran Merdeka mendengar ucapan kedamaian.

Selepas itu satu deklarasi yang membawa suara hati rakyat Malaysia yang menentang sebarang bentuk kebencian dan keganasan akan dibacakan.

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     

Tetap adakan upacara pengebumian untuk kedua ibu bapa - Anak

 
     

Jerebu boleh sebabkan radang mata, lelah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel