Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SLIM Selangor galak penjawat awam bersukan


Tarikh kemaskini: 24/03/2019





SHAH ALAM, 24 Mac (Bernama) -- Bermula bulan depan, penjawat awam di Selangor dikehendaki menyertai kegiatan berkaitan sukan menerusi program 'SLIM Selangor'.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, program itu dilaksanakan bertujuan menggalakkan rakyat Selangor terutamanya penjawat awam negeri menjalani amalan hidup yang sihat sekali gus mendapatkan berat badan ideal.

"Menerusi program itu penjawat awam diberikan pelepasan selama sejam, untuk melaksanakan aktiviti senaman dan sukan pada Rabu (setiap minggu) bermula 4.30 petang.

“Ini menjadi hasrat kerajaan negeri supaya dapat mendidik rakyat negeri ini bersama-sama menggalakkan gaya hidup sihat dalam komuniti setempat sekali gus, mencipta bangsa bersukan,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Fit Malaysia 2019 peringkat negeri yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Dataran Kemerdekaan, hari ini.

Amirudin berkata, pada peringkat awal, program SLIM itu akan dilaksanakan dengan membabitkan penjawat awam yang bertugas di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“Kita akan buat program ini secara berperingkat bermula di SUK sebelum diperluaskan di agensi kerajaan yang lain dan agensi lain termasuk swasta juga digalakkan menyertai program ini supaya budaya amalan hidup sihat ini dapat dijayakan kepada semua peringkat," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel