2TgilUsupHQ Modul khusus untuk sukarelawan hospital - TPM
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Modul khusus untuk sukarelawan hospital - TPM


Tarikh kemaskini: 24/03/2019





SERDANG, 24 Mac (Bernama) -- Akademi Hospital Ibadah di Hospital Pakar Al-Islam akan menyediakan modul yang khusus untuk sukarelawan hospital bagi memastikan mereka berilmu, mematuhi panduan ziarah pesakit, peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) hospital untuk mengelakkan timbul masalah kepada pesakit dan hospital. 

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, modul dan latihan sukarelawan berkenaan akan diperkenalkan kepada sukarelawan hospital di hospital kerajaan dan swasta. 

"Sukarelawan yang menjalani latihan yang dianjurkan oleh Akademi Hospital Ibadah melayakkan mereka menjadi seorang sukarelawan yang diiktiraf," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Sukarelawan Hospital Kebangsaan di Fakulti Perubatan dan Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini. 

Jelas Timbalan Perdana Menteri, melalui latihan yang diberi berdasarkan modul yang telah tersedia, perkhidmatan yang disumbangkan oleh sukarelawan akan lebih bersistematik. 

Ini dapat menarik minat masyarakat awam untuk turut sama menyumbang tenaga sebagai sukarelawan dan objektif pelaksanaan '1 Keluarga 1 Sukarelawan' berjaya dicapai," katanya lagi. 

Jelas Dr Wan Azizah, peranan sukarelawan hospital masih baharu di Malaysia namun di negara barat ia merupakan satu program yang berkesan dalam membantu perjalanan hospital selain memberikan impak positif kepada pesakit dan masyarakat. 

Timbalan Perdana Menteri turut menyeru pengarah hospital dan seluruh warga kerja hospital agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada sukarelawan. 

Jelasnya, selain hospital satu lagi tempat yang memerlukan sukarelawan ialah rumah jagaan orang tua. Hasil lawatannya ke sebuah rumah jagaan orang tua di Ipoh semalam mendapati hanya seorang tukang masak yang bertugas menyediakan makanan.

"Sukarelawan boleh membantu tukang masak menyediakan makanan seperti memotong dan membersihkan bahan mentah  untuk dimasak," katanya lagi. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sampel air di Kuala Koh diambil lagi untuk diuji.

 
     

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci

 
     

Pemuda PH Kelantan mahu ROS batalkan pendaftaran UMNO

 
     

Inkues Adib: Empat peguam dari AGC dilantik wakili KPKT, Bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel