Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pasukan tindakan kecemasan komuniti APM di setiap DUN - Aminuddin


Tarikh kemaskini: 24/03/2019





SEREMBAN, 24 Mac (Bernama) -- Pasukan Tindakan Kecemasan Komuniti Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan ditubuhkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata sebagai permulaan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat dipilih sebagai lokasi pertama bagi penubuhan unit ini dalam masa terdekat, dengan keanggotaan seramai 40 yang terdiri daripada anggota sukarelawan APM.

"Sukarelawan komuniti di setiap DUN ini amat penting kerana kita sedia maklum Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) merupakan orang yang lebih rapat dengan komuniti jadi mereka sepatutnya menjadi orang pertama yang bertindak, kerana itu kita tubuhkan pasukan ini diperingkat DUN kerana sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau bencana, respon segera dapat diambil. 

"Selain itu mereka juga mengetahui permasalahan kawasan sekitar jadi secara tidak langsung memberi kelebihan untuk bertindak lebih pantas dalam menjalankan perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikan selepas majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-67 Tahun 2019 di Pusat Pertahanan Awam Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Turut hadir Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Razali Ab. Malik dan Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Datuk Roslan Wahab.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata keberkesanan pasukan ini nanti akan dilihat bagi menentukan bentuk latihan kepada mengikut kawasan dan tempat. 

“Paling penting kita lihat bagaimana mereka mendapatkan pengetahuan sebagai anggota sukarelawan mengikut kesesuaian latihan yang diberikan oleh APM. 

Dalam perkembangan sama, Aminuddin berkata penempatan pejabat APM peringkat negeri di bangunan sendiri akan dikaji sebelum ia dapat dilaksanakan. 

"Ia satu cadangan yang baik untuk membangunkan pejabat operasi milik APM sendiri di peringkat daerah jadi kita akan kaji untuk melihat kesesuaian tanah-tanah yang ada di daerah. 

“Kalau ada tanah yang sesuai tidak jadi masalah untuk membangunkan pejabat tersebut," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel