Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hospital pengajar UPM dijangka mula operasi pertengahan tahun ini


Tarikh kemaskini: 24/03/2019





SERDANG, 24 Mac (Bernama) -- Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) di sini dijangka memulakan operasi menjelang pertengahan tahun ini, kata Naib Canselor UPM Prof Datin Aini Ideris. 

Beliau berkata, projek pembinaan HPUPM telah hampir selesai sepenuhnya dan kini dalam fasa ‘room to room inspection’. 

"Pihak HPUPM telah merancang beberapa dasar dan aktiviti untuk dijadikan sebagai teras dan keunikan dalam operasi hospital berkenaan kelak. HPUPM juga merancang menerapkan konsep ibadah dan amalan 'Hospital Mesra Ibadah' serta memperkasakan peranan sukarelawan hospital," katanya lagi. 

Aini berkata demikian dalam ucapan aluannya pada majlis perasmian Seminar Sukarelawan Hospital Kebangsaan yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM di sini hari ini. 

Jelas beliau, pasukan sukarelawan HPUPM yang dikenali sebagai Heart of HPUPM sudah dilancarkan sejak September lepas lagi. 

Tambah Aini, konsep sukarelawan hospital dalam membantu memberikan khidmat kepada pesakit dan pelawat hospital adalah agak baharu di Malaysia berbanding di negara maju yang mana para sukarelawan hospital bergerak secara aktif, tersusun, dilengkapi dengan latihan dan akreditasi yang berpiawaian. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     

Tetap adakan upacara pengebumian untuk kedua ibu bapa - Anak

 
     

Jerebu boleh sebabkan radang mata, lelah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel