Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kaum Murut di Tenom diseru pertahankan bahasa ibunda agar tidak pupus


Tarikh kemaskini: 30/03/2019





TENOM, 30 Mac (Bernama) -- Suku kaum Murut di daerah ini disarankan untuk bersatu mempertahankan bahasa kaum itu agar tidak pupus dan terus dituturkan kalangan generasi muda.

Ketua Daerah Kemabong Panguot Lambang berkata etnik itu perlu memastikan bahasa itu terus dituturkan serta diajar kepada generasi muda supaya ia sentiasa kekal relevan.

Beliau berkata bahasa itu merupakan identiti kaum Murut, dan amat malang sekali sekiranya ia diabaikan sehingga tidak ada generasi lagi yang berminat untuk menuturkannya, sekaligus menjadi satu kerugian yang sangat besar.

"Era globalisasi bukan satu alasan untuk kita melupakan bahasa ibunda sendiri dengan menggunakan bahasa lain sebagai bahasa rasmi kaum atau keluarga,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan Keluarga Pahlawan Ontoros (Pusaka) di sini, hari ini.

“Melupakan bahasa ibunda sendiri (Murut) satu permulaan yang tidak positif kepada masa depan bahasa itu. Situasi ini sangat membimbangkan jika tidak ada kesedaran dikalangan kaum itu sendiri kelak kita akan kehilangan identiti dan bangsa itu sendiri," tambahnya.

Panguot seterusnya meminta kaum Murut supaya bertindak lebih kreatif dalam memastikan bahasa itu sentiasa dijadikan bahasa komunikasi, antaranya termasuk menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkonsepkan etnik itu boleh dilaksanakan, sebagai sebahagian daripada usaha memastikan generasi kini berminat menggunakan bahawa ibunda.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel