Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Marin Sandakan tahan kapal nelayan Vietnam di perairan Pulau Jambongan


Tarikh kemaskini: 31/03/2019





SANDAKAN, 31 Mac (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan yang menjalankan Operasi Pensura menahan sebuah kapal nelayan Vietnam di kawasan perairan Pulau Jambongan dekat sini kira-kira pukul 1 tengah hari semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata PPM Sandakan menahan seorang lelaki Vietnam berumur 30 tahun yang merupakan juragan kapal itu bersama empat lagi anak kapal, semuanya lelaki dari negara yang sama di dalam kapal nelayan terbabit.

“Mereka gagal mengemukakan permit menangkap ikan daripada Jabatan Perikanan.

Siasatan awal juga mendapati nombor pendaftaran di bahagian hadapan kapal nelayan tersebut telah dicat dengan warna hitam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Pajeri berkata tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) dan Seksyen 25 Akta Perikanan 1985.

Nilai rampasan termasuk kapal nelayan itu dan peralatan menangkap ikan dianggarkan berjumlah RM700,000.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel